Pen Al-Quran Digital

Mempelajari dan menghayati Al-Quran merupakan amalan yang mulia disisi Allah SWT. Mari mulakan dengan memiliki Pen Al-Quran Digital ini dengan harga RM 250 sahaja. Pen Al-Quran ini menggabungkan 3 bacaan dari Qari terkemuka iaitu As-Sudais, Al-Mensyawi dan Al-Ghamidi. Terjemahan Pra Kata ayat suci Al Quran dalam BAHASA MELAYU dan INGGERIS. Boleh berfungsi sebagai memory storage mcm thumbdrive. Boleh simpan MP3 nasyid, dokumen2 berkaitan dll. Sambungan terus ke alat pembesar suara untuk tujuan pembelajaran secara kelas. Email ke dzarsya@gmail.com.

Wednesday, 1 May 2013

Keistimewaan Memeluk Islam

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”


Huraian

Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf.

Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan.


Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka.


Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap.


Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.


sumber asal : Jabatan kemajuan islam malaysia

No comments:

Post a Comment