Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam (mati).” (Riwayat at-Tirmizi)
Ramai di antara kita melupakan sunnah Rasulullah ini dan beralih kepada perubatan moden yang kebnayakan mengandungi dadah yang boleh merosakan organ dalam tubuh. Pengalaman saya menghadapi demam, inflamme, batuk (macam batuk kering) menyebabkan saya terpaksa bercuti seminggu. Dokter bagi ubat untuk inflamme tidak memberi kesan langsung dan saya hentikan makan ubat dokter. Tidur malam terganggu bila asyik terbatuk dan menyukarkan saya bernafas. Last sekali saya amik secubit habbatus sawda (biji) saya kemam baru rasa batuk reda dan bila bangun pagi saki baki habbatus sawda masih ada tapi yang bagus nya BATUK SUDAH PULIH & INFLAMME PUN HILANG. Besyukur ke hadrat ilahi atas kurniaan habatus sawda ni.
KANDUNGAN:
- Lebih 100 komponen
- Kaya dengan asid lemak tak tepu
- 35% minyak, 21% protin, 38% karbohidrat.
- Lebih dari 50% minyaknya adalah asid lemak penting.
- Asid linolik dan asid linolenik gamma membantu membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan untuk menghentikan jangkitan dan menyeimbangkan system imunisasi badan dan meregulasi reaksi alahan.
- Asid linolenik gamma juga membantu mengstabilkan membran sel.
- Volatile oil Nigellone dan thymochinon yang bertanggungjawab kepada anti histamine, anti oksida, anti jangkitan dan kesan pengembangan saluran pernafasan (broncho dialating effect)
Amalan mengambil habbatus sauda secara berterusan menyebabkan kesihatan yang berpanjangan.
ANTARA KEBAIKANNYA IALAH :
- MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
- MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
- ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
- SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),
- ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
- ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil
- ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi
- PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
- SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
- ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
- MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
- MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
- MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.
- MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA
